Thursday, February 20, 2014

Ikan Paten vs Telor Ikang

Amboi tekeluor bahse ibunde terus u...

Mesti ramai yg biasa makan telur ikang kang kan? tapi korangz pernah x makan telur ikan gelama? mesti tak kan? coz telur ikan gelama ni sangat rare. Sebagai orang yang duduk tepi laut ni, kitorangz sangat bertuah dapat menikmati keenakan telur ikan gelama ni (jgn jelezs uoll).

Actually dari kecik kitorang dah makan telur ikan ni. Kalo dulu setiap kali musim ikan gelama akan menjelang, maka sibukla mak n makcik2 I order kat Pok Wahab ni ( aku pun x tahu pasal ape kene order ngan pakcik ni ) untuk family I, mak I akan order 5 pot (sukatan susu tin pekat manis tin kecik, coz time tu susu tin kecik ade lagi) bila telur ikan dah ade, mak n makcik2 pun pegi collect telur ikan tu berserta bayarannya skali.. mase tu satu pot RM 2.50... murah sangat.

So, mak selalu buat sambal telur ikan..dapat tu, terus masak, tak payah simpan. Fresh is the best. So cara mak I masak senang je, garam kunyitkan telur ikan tu, pastu tumbuk cili, bawang n bawang putih pastu goreng smpai garing then tumis bahan tadi dan bila tumisan dan garing, masukkkan telur ikan yg dh digoreng tu n gaul rata. Matikan api. Siap.



Inilah rupa telur ikan gelama sebelum dan selepas. Bagi kitorang, kalau dapat makan telur rasa macam heaven! Fly~ gitu... hahaha! Bentuk dia kecil2, rasanya manis2 lemak. Teskturnya sama mcam telur ikan lain. Yang penting, memang sedap hingga menjilat jari.

Tapi skarang memang susah nak dapat telur ikan ni dah.. kalo ade pun dapat dlm sepot-dua je... x banyak. So mak I terpaksa la catu so that sume orang merasa makan.. I ni pun mujur la mak simpankan coz dia tau anak dia nk balik n kebetulan masa tu telur ikan ni ada.. Alhamdulillah rezeki.. ini pun setelah 7 tahun baru dapat merasa semula telur ikan gelama ni. Gulp!

Ternyata, makanan yang ada sekarang x dapat menandingi keenakan makanan dulu-dulu. Apa taknya, I skarang ni setiap kali balik kg mengalahkan macam mengidam, mesti teringin nk makan sata, otak-otak, kuih bom, akok (terengganu punyer kaler kuning), kayu keramat (hanya org kg aku je tau kuih ni) n macam-macam lagi, sampai pernah satu ketika masa mengandungkan uzair I teringin nk makan kuih bom (dlm inti serunding ikan), mak I terpaksa kirim dengan bas ekspress takut anak ni kempunan nak makanan.. (thanks so much mak coz sangat memahami tembolok besor anakmu ini)  =P

Itu makanan belah pahang timur..moh beralih ke pahang barat pulok!

Masa I mula2 kawen dulu, I tak tau yg my hubby ni tak makan ikan darat. Ala, ikan sungei le aok sume.. Sampaila satu hari di hari raya tu (2005), masa tu kitorang sefamily pegi beraya ke rumah sanak saudara sekitar Termeloh. Sampai kat rumah mak saudara I, dia hidangkan kami dengan nasi putih n lauk pauk. Oklah, coz masa tu kami mmg dh x lalu nak hadap kuih raya,ketupat,lemang bagai... rezeki jangan ditolakkan? So, antara lauk-pauk yang dihidangkan ialah gulai patin masak tempoyak n ikan patin goreng kunyit.. I tgok hubby I punyela berselera makan sampaikan sume orang dah sudah makan, dia masih menambah. Lol!

Sape tak makan memang rugi wooo


Dipendekkan citer, lepas dah siap makan sume, pakcik I pun tanya la kt hubby, "Mad memang makan ikan sungai ke"? "Eh, tak, saya tak makan ikan sungai ni pakcik", jawab hubby I... "Abis tu tadi makan ikan patin tu ok jer"? tanya pakcik I lagi, "Hah, ikan patin ke tadi tu, sedapnyer"! jawab hubby I tergezut kuda. =P
Since kejadian tu secara otomatik dia telah dinobatkan sebagai penggemar tegar ikan patin. Apa taknya, setiap kali balik kuantan, dia mesti akan singgah RnR temerloh coz nk pekena ikan patin. Then, bila kami balik kg pulak, mak akan masak gulai ikan patin sebagai salah satu menu sepanjang kami berada di kg. Punyela kan? Sampai macam tu skali u mr hubby... bak kata mertua I, dialah pemecah tradisi keluarganya coz dari arwah pak mertua, mak mertua n adik bradik dia yg lain mmg x makan ikan sungai ni.. Eh, mestilah, kawin dengan orang makan ikan sungai, so dia pun kenala "berhijrah" jugak kan?  Ahaks!

So, kalo sape terer, try la cari telur ikan gelama n publish kat sini.. kita share experience kelazatan telur ikan gelama tu kan? =). 

P/s : I tak pernah mkn ikan patin kat kl. Tau-tau sendiri lah ye.. =/












No comments:

Post a Comment