Wednesday, February 12, 2014

Mi Lidi

Homesick. 

Tetiba je rindu air tangan mak... tetiba. Sob sob..
Tetiba teringat kat mi lidi "kebanggaan" yang mak selalu buat especially mase kecik2 dulu. Mak selalu goreng ni buat sarapan kami sekeluarga. Dari kecik lagi kami dah terbiasa makan yang berat2 during a breakfast. Mungkin orang pantai timur kot... tapi itulah, mi lidi antara air tangan mak yang paling best selama kitorang pernah makan. Bila mak buat mi lidi, yang biasa bangun tengahari pun boleh bangun pagi..kahkahkah! =P

Mi lidi ni kalo ikut kat plastik bungkusan dia memang ade tulisan cina..Tapi, inang hirau, (cakap sarawak la pulak!) mi lidi ni memang ada pengesahan halal daripada JAKIM. Kalau korangz masih ragu2, sila ke laman web Direktori Halal pastu type mee lidi kat search engine tu and korang akan jumpa (sorry, malas nak bubuh link kat sini). Actually kilang dia terletak kat Johor tapi begitu femes seantero pahang nih. Kitorang panggil spegeti melayu coz dia pun kena rebus sebelum nak masak. Tapi rebus cuma dalam 5 minit je. 

                                                                    
Mi lidi
Mi lidi ni memang tak muak walaupun dah sejuk. Tak macam mi kuning. Banyak kapur. Makan banyak2 boleh jadi angin. Tapi mi lidi tak. Makanlah banyak mana pun, takde masalah pom! 

Mak kite selalu goreng je...itu jela pun yang biasa kitorang makan.. tapi ade kawan I pernah buat bakso pakai mi tu..sedap jugak. Memandangkan stok mi lidi ni takde kat KL ni, eh, betul! memang puas I cari kat sekitar KL ni memang tak jumpa! Macam tak percaya je kan, KL yang orang kata segala bapak benda ade, tapi takde! Kempunan kejap mase preggy yang no.3 tu nk mkn mi lidi tu, last2 balik kampung terus beli sekotak! Kahkahkah!

Rupenya ramai jugak penggemar mi lidi kat tempat keje. Tegezut jugak. Hahaha.. secara tak langsung I dah jadi pengedar mi lidi peringkat kebangsaan kat tempat keje skarang (kau hado? ) Hahaha!

And for the first time I masak mi lidi ni kat rumah 2 tahun yang lalu, terus menjadi feberet anak2 n suami..hampir tiap2 minggu menjadi sarapan kami sekeluarga. Kadang2 tu kalo malam tu tanya nk makan ape, cepat2 dorang bgtau nk makan mi lidi. Wah! sambutan hangat nampak?  :-P

I selalu buat mi lidi goreng versi mak I. Guna cili api+ bawang merah/besar + bawang putih. Blend smpai hancur pastu I tumbuk kasar ikan bilis dalam 15 ekor n campur masa tumis bahan yang dh blend tu...Kadang2 kalo stok ikan bilis xde kat umah, I guna sos ikan tu je...tapi garam kena kurangkan coz sos ikan tu dah sediakala masin.

But the best part is.. masa dh bubuh mi lidi tu, pecah telur 2 biji n gaul dalam 15 saat. So mi tu akan jadi sedikit basah mcm mi goreng basah... Perghhh! terangkat! 

Untuk family I ( 2 dewasa and 2 kanak2 ) I buat 1 setengah  peket.... itu dah kira sekali dengan menambah la... Memang ngam2. Tak de pembaziran ok. Makan time panas2 and you feel like in heaven! Memang rasa dia lain n tak sama mcm mi kuning. Langsung takde rasa kapur. Sesuai untuk sarapan mahupun makan malam. 

Dah post entry ni sedikit banyak membantu menghilangkan kerinduan kat kampung. Eh, lapar la pulak, nak masak mi lidi lah!  :-P
dah siap! nak lagi sedap makan dengan keropok berulamkan timu
Selamat Mencuba!












1 comment: