Thursday, February 20, 2014

Ikan Paten vs Telor Ikang

Amboi tekeluor bahse ibunde terus u...

Mesti ramai yg biasa makan telur ikang kang kan? tapi korangz pernah x makan telur ikan gelama? mesti tak kan? coz telur ikan gelama ni sangat rare. Sebagai orang yang duduk tepi laut ni, kitorangz sangat bertuah dapat menikmati keenakan telur ikan gelama ni (jgn jelezs uoll).

Actually dari kecik kitorang dah makan telur ikan ni. Kalo dulu setiap kali musim ikan gelama akan menjelang, maka sibukla mak n makcik2 I order kat Pok Wahab ni ( aku pun x tahu pasal ape kene order ngan pakcik ni ) untuk family I, mak I akan order 5 pot (sukatan susu tin pekat manis tin kecik, coz time tu susu tin kecik ade lagi) bila telur ikan dah ade, mak n makcik2 pun pegi collect telur ikan tu berserta bayarannya skali.. mase tu satu pot RM 2.50... murah sangat.

So, mak selalu buat sambal telur ikan..dapat tu, terus masak, tak payah simpan. Fresh is the best. So cara mak I masak senang je, garam kunyitkan telur ikan tu, pastu tumbuk cili, bawang n bawang putih pastu goreng smpai garing then tumis bahan tadi dan bila tumisan dan garing, masukkkan telur ikan yg dh digoreng tu n gaul rata. Matikan api. Siap.



Inilah rupa telur ikan gelama sebelum dan selepas. Bagi kitorang, kalau dapat makan telur rasa macam heaven! Fly~ gitu... hahaha! Bentuk dia kecil2, rasanya manis2 lemak. Teskturnya sama mcam telur ikan lain. Yang penting, memang sedap hingga menjilat jari.

Tapi skarang memang susah nak dapat telur ikan ni dah.. kalo ade pun dapat dlm sepot-dua je... x banyak. So mak I terpaksa la catu so that sume orang merasa makan.. I ni pun mujur la mak simpankan coz dia tau anak dia nk balik n kebetulan masa tu telur ikan ni ada.. Alhamdulillah rezeki.. ini pun setelah 7 tahun baru dapat merasa semula telur ikan gelama ni. Gulp!

Ternyata, makanan yang ada sekarang x dapat menandingi keenakan makanan dulu-dulu. Apa taknya, I skarang ni setiap kali balik kg mengalahkan macam mengidam, mesti teringin nk makan sata, otak-otak, kuih bom, akok (terengganu punyer kaler kuning), kayu keramat (hanya org kg aku je tau kuih ni) n macam-macam lagi, sampai pernah satu ketika masa mengandungkan uzair I teringin nk makan kuih bom (dlm inti serunding ikan), mak I terpaksa kirim dengan bas ekspress takut anak ni kempunan nak makanan.. (thanks so much mak coz sangat memahami tembolok besor anakmu ini)  =P

Itu makanan belah pahang timur..moh beralih ke pahang barat pulok!

Masa I mula2 kawen dulu, I tak tau yg my hubby ni tak makan ikan darat. Ala, ikan sungei le aok sume.. Sampaila satu hari di hari raya tu (2005), masa tu kitorang sefamily pegi beraya ke rumah sanak saudara sekitar Termeloh. Sampai kat rumah mak saudara I, dia hidangkan kami dengan nasi putih n lauk pauk. Oklah, coz masa tu kami mmg dh x lalu nak hadap kuih raya,ketupat,lemang bagai... rezeki jangan ditolakkan? So, antara lauk-pauk yang dihidangkan ialah gulai patin masak tempoyak n ikan patin goreng kunyit.. I tgok hubby I punyela berselera makan sampaikan sume orang dah sudah makan, dia masih menambah. Lol!

Sape tak makan memang rugi wooo


Dipendekkan citer, lepas dah siap makan sume, pakcik I pun tanya la kt hubby, "Mad memang makan ikan sungai ke"? "Eh, tak, saya tak makan ikan sungai ni pakcik", jawab hubby I... "Abis tu tadi makan ikan patin tu ok jer"? tanya pakcik I lagi, "Hah, ikan patin ke tadi tu, sedapnyer"! jawab hubby I tergezut kuda. =P
Since kejadian tu secara otomatik dia telah dinobatkan sebagai penggemar tegar ikan patin. Apa taknya, setiap kali balik kuantan, dia mesti akan singgah RnR temerloh coz nk pekena ikan patin. Then, bila kami balik kg pulak, mak akan masak gulai ikan patin sebagai salah satu menu sepanjang kami berada di kg. Punyela kan? Sampai macam tu skali u mr hubby... bak kata mertua I, dialah pemecah tradisi keluarganya coz dari arwah pak mertua, mak mertua n adik bradik dia yg lain mmg x makan ikan sungai ni.. Eh, mestilah, kawin dengan orang makan ikan sungai, so dia pun kenala "berhijrah" jugak kan?  Ahaks!

So, kalo sape terer, try la cari telur ikan gelama n publish kat sini.. kita share experience kelazatan telur ikan gelama tu kan? =). 

P/s : I tak pernah mkn ikan patin kat kl. Tau-tau sendiri lah ye.. =/












Friday, February 14, 2014

Oh Karipap

Siapa yang tak suka karipap jangan bace entry ni. Hahaha.

Ce cakap sape yang tak suke karipap? takde orang weh. Hampir sume org suka makan karipap tau. lagi2 mcm I nih yang memang jenis tolak batu ngan kayu je.. ahaks!

So, I selalu buat karipap daging since my boboiboy suka sangat dengan karipap daging. Tapi I punye special sket coz I letak telur rebus (sebiji potong bahagi 6). Yang tu my first son boleh makan sampai 4 bijik sekali hadap. Dia memang suka kalo makanan yang ade telur ni. Lol.

So, I rasa mcm nak share je resepi karipap ni, So far I tak guna sukatan coz I main campak2 je... tp untuk uolls I type kan... ( mood baik ari ni ) =D
So, ni resepinye :

Bahan-bahannya :
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn mentega+ minyak=panaskan atas dapur-sejukkan
sedikit garam
sedikit air ais


Caranya :
Gaulkan garam dgn tepung, masukkan minyak+mentega gaul rata dan tuangkan sedikit demi sedikit air ais, uli sampai jadi doh.


Inti karipap :
1/2 kg ubi kentang
250 gm daging 
2 peket rempah kari daging
1 ulas bawang besar - dimayang halus 
4 ulas bawang putih - diracik halus
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-caranya :
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai sedikit garing. Masukkan pes rempah kari daging dan tumis lagi sehingga naik sedikit garing dan naik bau. Masukkan daging dan 2 cawan air dan biarkan sehingga kering sedikit. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan kecilkan api dan biar dalam 10 minit. 
Kemudian, masukkan ubi kentang dan secawan air. Biarkan dalam 15 minit sehingga masak. (api kecil)

Actually I memang pandai kelim karipap tu tapi disebabkan terlebih vitamin 'M' ari tu, so I pakai kelim express je lah! =P


Inilah hasilnya, walapun ambik masa beberapa jam untuk disiapkan tapi semuanya berbaloi sebab kita dapat buat hasil air tangan sendiri dan itu salah satu resepi untuk kebahagiaan rumah tangga yang saya praktikkan selama ini. ( tangan di dada mata juling ) =P
I buat karipap ni in double portion. So untuk 6 cawan tepung I boleh dapat dalam 45 biji karipap, depends on uolls punye acuan tu la @ besar mana uolls punye saiz karipap uolls.. 

Selamat menchoba!







Wednesday, February 12, 2014

Mi Lidi

Homesick. 

Tetiba je rindu air tangan mak... tetiba. Sob sob..
Tetiba teringat kat mi lidi "kebanggaan" yang mak selalu buat especially mase kecik2 dulu. Mak selalu goreng ni buat sarapan kami sekeluarga. Dari kecik lagi kami dah terbiasa makan yang berat2 during a breakfast. Mungkin orang pantai timur kot... tapi itulah, mi lidi antara air tangan mak yang paling best selama kitorang pernah makan. Bila mak buat mi lidi, yang biasa bangun tengahari pun boleh bangun pagi..kahkahkah! =P

Mi lidi ni kalo ikut kat plastik bungkusan dia memang ade tulisan cina..Tapi, inang hirau, (cakap sarawak la pulak!) mi lidi ni memang ada pengesahan halal daripada JAKIM. Kalau korangz masih ragu2, sila ke laman web Direktori Halal pastu type mee lidi kat search engine tu and korang akan jumpa (sorry, malas nak bubuh link kat sini). Actually kilang dia terletak kat Johor tapi begitu femes seantero pahang nih. Kitorang panggil spegeti melayu coz dia pun kena rebus sebelum nak masak. Tapi rebus cuma dalam 5 minit je. 

                                                                    
Mi lidi
Mi lidi ni memang tak muak walaupun dah sejuk. Tak macam mi kuning. Banyak kapur. Makan banyak2 boleh jadi angin. Tapi mi lidi tak. Makanlah banyak mana pun, takde masalah pom! 

Mak kite selalu goreng je...itu jela pun yang biasa kitorang makan.. tapi ade kawan I pernah buat bakso pakai mi tu..sedap jugak. Memandangkan stok mi lidi ni takde kat KL ni, eh, betul! memang puas I cari kat sekitar KL ni memang tak jumpa! Macam tak percaya je kan, KL yang orang kata segala bapak benda ade, tapi takde! Kempunan kejap mase preggy yang no.3 tu nk mkn mi lidi tu, last2 balik kampung terus beli sekotak! Kahkahkah!

Rupenya ramai jugak penggemar mi lidi kat tempat keje. Tegezut jugak. Hahaha.. secara tak langsung I dah jadi pengedar mi lidi peringkat kebangsaan kat tempat keje skarang (kau hado? ) Hahaha!

And for the first time I masak mi lidi ni kat rumah 2 tahun yang lalu, terus menjadi feberet anak2 n suami..hampir tiap2 minggu menjadi sarapan kami sekeluarga. Kadang2 tu kalo malam tu tanya nk makan ape, cepat2 dorang bgtau nk makan mi lidi. Wah! sambutan hangat nampak?  :-P

I selalu buat mi lidi goreng versi mak I. Guna cili api+ bawang merah/besar + bawang putih. Blend smpai hancur pastu I tumbuk kasar ikan bilis dalam 15 ekor n campur masa tumis bahan yang dh blend tu...Kadang2 kalo stok ikan bilis xde kat umah, I guna sos ikan tu je...tapi garam kena kurangkan coz sos ikan tu dah sediakala masin.

But the best part is.. masa dh bubuh mi lidi tu, pecah telur 2 biji n gaul dalam 15 saat. So mi tu akan jadi sedikit basah mcm mi goreng basah... Perghhh! terangkat! 

Untuk family I ( 2 dewasa and 2 kanak2 ) I buat 1 setengah  peket.... itu dah kira sekali dengan menambah la... Memang ngam2. Tak de pembaziran ok. Makan time panas2 and you feel like in heaven! Memang rasa dia lain n tak sama mcm mi kuning. Langsung takde rasa kapur. Sesuai untuk sarapan mahupun makan malam. 

Dah post entry ni sedikit banyak membantu menghilangkan kerinduan kat kampung. Eh, lapar la pulak, nak masak mi lidi lah!  :-P
dah siap! nak lagi sedap makan dengan keropok berulamkan timu
Selamat Mencuba!












Sunday, February 9, 2014

Eat Pray Love

Amboi tengok tajuk pun dah mcm citer Julia Robert tu kan...tapi ni langsung xde kena mengena dgn citer tu coz sebenarnya I nak fokus tang makan tu je hehe... almaklumlah selain dr berblog ni I mmg suka makan....yesss.. food makes me happy,all the time... tak kira la time sedih ker, time gumbira jangan cakapla, food celebrate saje... especially kalo org yang belanja kan? Memang sume akan jd sedap ganda 23x... hehehe...
Tapi kali ni bukan org belanja tapi homemade punye resepi...and the resepi is... Roti Puri.. amma.. wah! tengok nama resepi ni pun dah lenggok lenggok itu kepala ya... Actually I dapat resepi ni pun dari group kat dalam fb... sebenarnya x plan pun nk cari resepi ni, tapi ade sorang akak tu post resepi roti puri berserta gambarnye skali, I terus teringin nak buat memandangkan bahan-bahan yang digunakan pun amatlah simple n murah dan kebetulan I mmg nk cari satu snack utk dibuat minum petang memandangkan (memandang aje) anak-anak punn dh pandai demand nk makan yg pelik2...ala yg mcm dalam JJCM tu katanya..haih..yelah anak, ibu berusaha ni n skarang ibu dah jumpa!
Ok ini dia bahan-bahannya :
Bahan A (Bahan kering) - Bekas Utama
2 cawan tepung gandum
1 sudu yis mauripan ( sepeket boleh dapat 2 sudu )
Bahan B (Bahan cecair)
3/4 cawan air suam
3 sudu besar gula ( kalo nk manis boleh tambah sesudu lagi)
3 sudu besar minyak masak/jagung
1 sudu teh garam
Campur kesemua bahan B  dan kacau sehingga larut. Campurkan bahan B ke dalam Bahan A sikit demi sikit sambil gaul (pakai tangan) smpai jadi doh. Doh mungkin agak sedikit lembik tp jgn risau sebab dia mmg akan jd mcm tu.... uli dlm 5 minit dan ketepikan...
Ambik tuala/tisu yang telah dilembapkan, dan tutup bekas doh tu tadi. Biarkan selama 30 minit. Selepas 30 minit, doh akan mengembang dan ambik doh tadi sebesar bola pimpong gentelkan agar sedikit mampat dan tepekkan jadi leper sedikit. Gunakan tepung gandum sebagai bantuan agar proses tepek tu mudah ( x melekat kat tangan)
Kemudian goreng dengan api perlahan (make sure minyak dh panas ye korang) sambil curahkan minyak perlahan-lahan di atas roti tersebut supaya dia mengembang.... goreng sehingga menjadi warna keperangan...
Ulangi langkah tersebut smpai doh habis...selalunya I goreng sekali 4 biji dalam kuali so cepat sikit siap kan... :-). Untuk portion ni boleh dapat 10 biji... depends on cawan masing2 ye.... tapi janganla korang taram pakai mug pulak...lain pulak jadinye nanti....
Boleh dihidangkan sebagai sarapan mahupun minum petang...kalo ade kari ke, sambal ikan bilis lagi best buat cicah..... tapi kalo makan macam tu pun lagi sedap....
Inilah hasilnya... and for the first time, ianya menjadi...yippiee!!... Anak-anak sukaaaaa sangat sampai I terpaksa buat 2 portion untuk second time.... makan mcm tu lagi sedap kata dorang. Happy sangat dapat buat sesuatu yang anak2 and suami suka..Alhamdulillah... So, ape lagi? cubalah kat rumah.... Selamat Mencuba!