Thursday, June 30, 2016

Semperit Susu Pujaan Hatiku



Tahun ni En Suami dan warning kat aku jangan beli biskut raya since kat FB dah melambak orang share resepi biskut raya so dengan bangganya en suami kata,"Yang, nanti abang beli bahan, ayang buatlah, tengok macam senang".  Yang aku pun gatal, tunjuk kat dia resepi kat FB tu dah tak pasal-pasal kena buat. Tapi takpe, nasib baik aku ni jenis suka buat kuih kalau takkk..hehehe.

So adelah beberapa resepi yang telah menarik perhatianku sebab tak banyak bahan sangat dan mudah nak beli. So kat sini aku nak share resepi semperit susu yang bapakla senang sebab bahan2 dia bapakla sikit iaitu - butter, tepung jagung, tepung kastard dan susu pekat manis. Sikit je kan? tak payah taruk emplex bagai sebab biskut semperit ni dah lemak, rangup tapi melting bila dalam mulut gittew...

So ni dia resepi dia..

Tepung jagung 1 peket (500gm) 
Tepung kastad - 2 sudu besar
Susu pekat manis - stengah cawan je - kalau nak manis taruk lebih. kalau nak kena potong kaki taruk la setin tu try tengok. =P
Butter- seketul yang 250 gm tuh ( brand mahal lagi sodap )

Cara-caranya

Make sure semua bahan bersuhu bilik.

Ambik butter + susu campurkan dan gaul sebati. Waktu ni kena ingat , jangan gaul beria sangat cukup sekadar butter tu dan bercampur dengan susu..Tak sebati sangat pun takpe. Masa ni nak letak pewarna pun boleh. Gaul pakai senduk aje, tak perlu pakai mixer pun.

Pastu masukkan tepung jagung selang seli dengan tepung kastad sikit sikit sampai habis. Make sure tepung tu dah ayak dulu hokay!

Pastu gaul sebati ala kadar je. Jangan gaul beria sebab nanti biskut boleh jadi kembang so tak cantik.

Gaul santai-santai je
Adunan rasa sedikit lembik tapi jangan memandai tambah tepung sebab nanti dia akan kering.

Letak dalam peti ais (bahagian bawah) dalam 30 minit. Cover dengan cling wrap atau simpan dalam tupperware.

Panaskan oven 170с.

Lepas setengah jam , korang terap atau guna acuan semperit tangan yang panjang tolak ke bawah tu. I guna acuan bunga dahlia beli kat PLY kt pasar borong Selayang harga 2 hengget je.

Aku cadangkan korang terap siap2 kt baking tray nnt senang terus masuk oven then bakar je. Tak payah lenser baking tray tu sebab biskut tu dah berminyak.

Hiasla dengan manik ke, ceri potong ke, mcm aku aku hias dengan manik kaler2 yg halus tu.

Bakar pd suhu 170 darjah celcius selama 10 minit or depends pada oven korang. Jangan lama sgt nnt dia perang, tak cantik. Janji masak.

Selamat Menchoba~
Tadaa! ni masa dah siap terap beratur nak masuk oven...


masterchef in the making... pantang tgok mak dia kt dapur

2 comments:

  1. Yey, ada resipi. Tq anie. Boleh la aku buat weekend ni. Anak dara aku dah melalak tagih janji nak buat kuih dengan mak dia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesamer ain... =)
      nanti dh buek ekau postla kt belog yo.. hehehe

      Delete