Friday, February 23, 2018

Travelog Journey : Senorita Takes Perth - PART 2

Hentian seterusnya ialah Jewel Cave, Leeuwin Lighthouse, Giant Tree Valley, Albany Windfarm

Kami tak masuk dalam pun sebab ikutkan Jewel Cave tu boleh terus ke lighthouse. Tapi bayaran dia agak mahal so kami tak jadi.


Ambik gambar jela

So kami terus gerak ke Leeuwin Lighthouse

Dari Margaret River ke Leeuwin Lighthouse memakan masa selama masa sejam jugak.



Cuaca mendung sebab nak hujan. But the view sangat breathtaking


FYI, lalat sangaaaattt banyak sebab mungkin sebab faktor cuaca yang sejuk. 



Disebabkan kami kesuntukan masa, tak dapat naik atas rumah api, so kami pusing2 jela sekitar bawah rumah api tu. Tapi still cantik pemandangannya. Speechless.














fata n me


pertembungan dua laut
Kasi kakak can sket



Kami ambil masa lebih kurang sejam setengah menikmati keindahan ciptaan Allah SWT ini. Then terus gerak ke Giant Tree Valley. Tapi kami sampai dah pukul 4.15, pukul 5 dah tutup. So kami decide taknak masuk. Just ambik gambar jela kat luar


Otw ke Giant Tree Valley, masih melalui kawasan kampung


Bersama kucing yang telah diawet





Country look sangat



Then terus gerak ke Albany Wind Farm. Masa ni dah nak pukul 6 petang tapi gelap macam nak maghrib. Kami pun solat jela kat tapak parking tu. Angin sangat kuat kat sini. Bunyi kipas besor tu menakutkan. Hahaha.. Then terus gerak ke hotel.


Albany Wind Farm







Malam, kami bermalam di motel Pekan Albany. Book dari Malaysia melalui booking.com



Muka memasing penat. Batu kat belakang tu nama dia Dog Rock. Ada sejarah dia jugak.


Our dinner. Alhamdullillah..



DAY 3

Caversham Wildlife Park, Lancelin Sand Dust & The Pinnacales National Park



Cuasa sangat menyebelahi kami sepanjang perjalanan.




Found this rugi kalo x ambik gambar


Caversham Wildlife Park


Entrance fee tak silap lebih kuran RM90. Ada kangaroo, penguin, tazmania, koala dan pertunjukan haiwan. Berbaloi... 







Sangat jinak


Fotogenik sangat. 

Bergambar dengan ape ntah lupa nama menatang ni
                                       











 Lancelin Sand Dust.

Tiada fee masuk. Cuma kena sewa board tu dalam 10 AUD. So kami share je 4 orang. Its time for sandboarding!!!



Cantik kan




Firts attemp x berapa menjadi




Yeah!


Percubaan sandboarding sambil berdiri


Yes I did it! Yahoo!!


=P



Last pit stop of the day : The Pinnacles . Masa ni dah nak petang... Actually tempatnya dah tutup tapi kami redah jugak. Hehehe






DAY 4

Perth City, Botanical Kings Park, Blue Boat House, Fremantle

Sebelum kami pulangkan kereta, sempat kami pusing2 bandar Perth dan terjumpa beberapa family dari Malaysia. Bandar Perth memang cantik dan sangat bersih.









A must visit place : Blue Boat House




Botanical Kings Park




Padahal takde sejuk mana pong =P




Biar monopod buat keja





Setiap pokok di Botanical Park ni didedikasikan kepada pejuang yang gugur semasa zaman perang dunia kedua dan ketiga
Antara aksi yang berjaya dirakam =P
                                               

Next stop ialah Blue Boat House. Cuaca masa ni memang cantik giler! Parking kereta kejap then beratur kejap pastu dapatlah semua ni haaaa..... 






Beratur panjang



=D



Next pit stop Fremantle


Tempat ni lebih kurang 30 minit dari bandar Perth. Tapi kitorang buat mistake masa ni. Kitorang pegi naik teksi dari Perth sampai Fremantle. Kena bayar lebih kurang RM30 sorang. Boleh je naik ketapi tapi masa tu kitorang betul2 lapar gile. So tak boleh nak fikir secara waras... hahaha... 





Sampai kat sana terus ke Kailis Seafood Restaurant. A must visit place lah kalo kat Perth ni. Dengan environment yang bersih, views yang cantik mmg enjoy sangat makan kt sini. Bagi penggemar seafood, this is the right place to try em. Seafood segar dan harga pun berpatutan. Kami beli ni share je 4 orang. Kenyang.


Sotong celup tepung n ikan celup tepung nama dia. Hahaha



What a view


STP

Lepas dah kenyang makan kami terus bukak maps cari Fremantle Market. Jalan kaki lebih kurang 20 minit dari Kailis... And now, its shopping time!!!



Otw to Fremantle Market. Jalan kaki sahaja.




 Beautiful streets at Fremantle..












(all these streets views was taken by me with my Vivo V7+)

Dah habis duit shopping. Kami shopping kat Megabes. Murah pun murah. Owner dia orang Malaysia. Hati berbunga dapat shopping apa yang diinginkan. Masing2 senyum sampai ke telinga... =)


Muka ade senyumm =)


Hari dah nak petang kami ambik train balik ke Perth semula. Harga train lebih kurang 5AUD/ person. Panorama sepanjang perjalanan sangat mempesonakan....






Kami ambik free bus je sampai kat hotel. Hotel yang kami duduk actually is a dorm untuk backpackers. Satu dorm hanya AUD20 je semalam. Mmg banyak hotel yang berkonsepkan backpackers kt Perth ni. Ada WiFi, share dapur, bilik mandi dan toilet. Tapi memang bersih. Yang peliknya kami je yang mandi manda kat bilik air tu.. Hahaha..  =D



Masak2 pun tak guna periuk belanga dorang sebab kami bawak sendiri. Jimat btol bila masak sendiri ni.... 


Malam pulak, si Fata, Ecah n Yana pusing2 bandar Perth tapi aku tak larat (pms) so lepak je la duk dlm bilik. 



DAY 5

Watertown and Airport

Esok nya sebelum balik kitorang singgah Water Town Brand Outlet for breakfast dan shopping sikit. 

Then get ready for flight pukul 4.30 petang and safely arrived at klia jam 10 malam... Alhamdulillah.. Tq Allah for this wonderful journey.. In Shaa Allah ade rezeki lepas ni kita pegi tempat lain pulak.. Pegi mana? Tungguuuuu.....



Baju beli kat Megabes 


TIPS :


1. Sis nak share skit sepanjang berada di Perth korang kena tahu undang-undang jalan raya dorang. Sebab mereka sangat strict. Sila patuhi had laju yg telah ditetapkan.


2. Drive waktu malam sangat TIDAK DIGALAKKAN. Even car rental ejen pun bgtau mcm tu sebab malam2 kangaroo liar banyak berkeliaran melintas jalan raya yang boleh mengakibatkan kemalangan. 

2. Korang digalakkan bawak botol air kosong setiap sorang ( nak share pun takpe ) sebab kat tandas dorang TAKDE PILI hanya tisu sahaja. So kena refill air kat sinki dulu sebelum masuk tandas. Huhu

3. Air mineral dorang mahal. Minum jela dari mana2 sumber pili air sebab air dorang bersih.


4. Pukul 5 semua kedai tutup. Jangan nak berangan bawak keta malam2 sebab stesen minyak juga tutup ye. Kecuali di bandar Perth sahaja.


5. Kami akan beli souvenier dari setiap pit stop. Macam sis beli fridge magnet. So kita akan ada kenangan di setiap pit stop yang kita singgah =)

6. Kitorang just beli lugagge time balik je. Make sure cabin luggage below 7kg. 

7. Sesiapa yang nak bawak monopod tu boleh tapi nak balik kastam aussie akan rampas. Al-Fatihah buat monopod saya =(

Accomodation :


Sepanjang 5 hari di sana, kami tidur di 3 hotel yang berlainan. Tapi kebanyakan hotel di Australia ni jenis hostel. Camna tu hotel jenis hostel. Haha..susah juga nak explain. Ini jenis untuk trip budget macam aku kitorang. Bukan untuk golongan Che Ta. Hotel-hotel dorang jenis, bilik macam hotel tapi ada disediakan kitchen area and shared bathroom. Bathroom and toilet kat hujung blok. Maksudnya, kita boleh masak makanan sendiri tanpa perlu bawak perkakasan dari Malaysia.

Baca Blog & Website :

Selain persediaan tu semua, aku juga wat preparation dengan study a few blogs and website untuk dapatkan macam-macam info. Ada beberapa web yang sangat helpful aku haritu :

  1. Facebook - join group private 'Tips cuti-cuti Perth'. Kat sini paling banyak membantu.
  2. Tripadvisor - sangat-sangat helpful untuk tanya sebarang pertanyaan sebab kebanyakan yang reply tu orang local Perth, so dorang memang sangat expert.
  3. Masuk lah blog-blog yang pernah pergi Perth, macam aku =)


So sekian sahaja perkongsian entry buat kali ni. Semoga dapat membantu korang semua. =)
Sesiapa yang nak saya share itinerary boleh je drop email kat sini. TQ =)







No comments:

Post a Comment