Monday, April 9, 2018

XT COOL TERBAIKKK

Since ade sorang kawan tu pos pasal XT COOL kat FB dalam bulan lepas aku mula-mula mcm tak percaya sambil terpikir "berkesan ke benda alah ni"? Ermm.. macam takk je. OKlah pastu terus lupa.

Sampaila satu hari masa aku kat kelas aku kena SENGGUGUT. Boleh tahan.. lebih kurang rasa contraction nak bersalin la dia punya boleh tahan sakit tuh! Seram sejuk. Bayangkan dengan perut sakit, tapi masa tu nak keluar kelas pun untuk apa, so tahan jelah. Lecturer pun sampai tegur kenapa muka kelat macam jeruk kelubi, aku senyum je. Tapi dalam hati " Ya Allah sakit sungguh.. tak tau nak cakap..

Si Ecah ni bgla aku XT COOL ni, Sapu kat perut, betis dan tapak kaki. Aku tak sangka yang krim ni SEJUK.. pastu TAK MELEKIT. tapi dia punya berangin memang besstttt gilaa! Dalam 15 minit tu aku kentut2...kentut yang betul2 melegakan perut aku ni. Dalam pada masa yang sama, aku mula berpeluh2... Aku terfikir, ish biar betul benda ni berkesannya!!

Start pada hari tu, aku beli 2 botol, satu utk rumah, 1 untuk ofis... Korang kena try XT COOL ni bukan apa, kandungan dia semua bahan-bahan yang selamat iaitu HABBATUSS SAUDA, MINYAK HALIA, MINYAK BUNGA MATAHARI, PELEMBAP DAN AROMATERAPI LAVENDER. XT COOL ni jugak mempunyai kelulusan daripada KKM NOT170905837K. Harga? tak payah risau sebab sangat berpatutan dan mampuu milik cuma RM35 dan RM40 bagi Sabah & Sarawak.

Bukan masalah senggugut je tau, banyak lagi kegunaan XT COOL ni iaitu :

> Asthma
> Masalah Dengkur
> Sakit Sendi & Otot
> Kebas-kebas
> Perut kembung
> Batuk berkahak bagi kanak-kanak
> Migrain
> Angin
> Bengkak akibat gigitan serangga atau terjatuh
> Mengelakkan kekejangan otot semasa bersukan
> Sembelit
> Darah tinggi
> Selulit
> Kempiskan perut dan kawasan-kawasan yang dinginkan
> Mosquito repellent 











Banyakkan  kebaikan XT COOL ni? Korang patut cuba sebab memang berkesann sangat. Satu keluarga boleh guna XT COOl ni.  

So kalau sesiapa yang tinggal sekitar Batu Caves atau Selayang, Sha boleh COD terus ke rumah/pejabat korang sebab Sha baru je jadi agent sah XT COOL ni. Atau korang boleh call/whatsapp terus ke talian 017-3069381. Kalau secara pos RM8 caj pos akan dikenakan. hanya RM35 sahaja!

In Shaa Allah.. kita cuba berusaha dan berikhtiar, selebihnya kita serah kepada Allah SWT...

Friday, February 23, 2018

Carbonara Ala Melayu

Kadang2 otak blank sampai tak tahu nak masak apa. Kalau kt IG tengok orang masak macam2 bukan main terliur tapi bila bab nak prep meal tu yang ade sedikit malasnya.

Balik keje anak2 bgtau lapar. Rasa macam taknak makan nasi. Tengok ada setin lagi sis prego carbonara. Ok jom buat macaroni elbow carbonara.

Actually anak2 tak suka makan dengan fetucine. Dorang lagi prefer macaroni elbow. Senang nak makan katanya. Baiklah anak2. Jangan korang mintak memacam sudah..

So, resepi carbonara ni dah twist sikit ikut tekak Melayu di mana ade tambahan CILI API kasi dia lagi perghhh!Gittew...

Bahan2 dia

Setin sos PREGO Carbonara
Macaroni Elbow San Remo - 250gm - dlm setengah peket (brand lain pun boleh)
Button mushroom - sukati nak letak banyak mana
Isi ayam - pun sukaati letak la banyak mana pun
Udang - optional ( tak letak pun )
Bawang putih - 4 ulas - cincang halus
Cili padi - suggestion dalam 3 ulas - potong halus2
Garam - secukup rasa
Cuka makan - 2 sudu besar
Olive oil - 3 sudu besar ( minyak lain pun boleh )


Cara2 nya

Rebus pasta untill ala dante ( sampai masakla, jangan lama sangat )
Toskan.

Gunakan olive oil. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan ayam. Tumis smpai garing. Masukkan mushrooms dan cili padi. Tumis lagi.

Masukkan sos prego dan stengah tin air. kocak2 la tin tu sebab ade lagi sisa2 sos tu kan...
kacau sebati. Tunggu dia mendidih masukkan garam, season-to-taste. Kacau lagi dan masukkan cuka makan tadi kacau lagi hingga mendidih smpai nampak pekat then tutup api. Masukkan pasta tadi dan kacau rata. Siap!

Tabur la sikit daun ketumbar, scalion ke tak pun bawang goreng pun sodappp!

Try la korang. Tak nyesal punya.





Resepi Viral : Churros


Since menjadi buah mulut seantero manusia masa kini, sis terpanggil untuk mencuba resepi churros ni. Memang dah tahu akan kewujudan churros ni since tahun 2009 lagi, tapi masa tu macam tak berapa heran sebab anak2 semua kecik2 lagi tak reti makan. Sekarang semua dah pandai demand nak makan itu ini, termasukla churros ni ha..

So setelah godak2 resepi kat blogger sis rasa resepi dari blogger Azlita ni yang senang dan sedap.

So resepi2 semua sis ambik kat blog dia.. nanti korang salin kat sana je tau sebab sis rasa macam malas nak menaip. Hahaha

Tapi macam ni lah sis buat. Make sure adunan tu dah suam2 sikit baru pipe okay dan minyak tak boleh panas sangat. Just pipe je dulu smpai penuh dalam kuali baru panaskan minyak. So dia akan masak dengan sekata je nanti.

Untuk nozel, better pakai yang besi dan besar. Lupa pulak saiz apa... Macam sis ni pakai nozel plastik agak sedikit terseksa ye.. Huhu



Abaikan kuali legend tersebut..... 


Campurkan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Gaulkan



Hipsturrr tak?

So enjoyla makan dengan anak-anak dengan penuh gembira dan penuh gula berterabur kat lantai. Hahahaha..

Ready To Wear - Errida & Co

Cakap pasal RTW ni kan, kadang2 rasa macam malas nak ambik port. Yelah dengan badan yang nak kata gemuk tak gemuk nak kata kurus tak kurus ni susah sebenarnya nak cari baju RTW yang betul2 well suit. Bukan tak pernah beli, banyak kali beli dah, at last kena alter and it cost me much than jahit dengan tailor.

Tapi lately ni banyak pulak jumpa IG shop online yang jual baju RTW ni. Usha2 semua tak kena cutting dengan badan. Tapikan, ada satu IG ni iaitu Errida & Co jual baju RTW yang sesuai untuk ke pejabat dan majlis2 casual. And the best thing is, cutting dia sangatla kena dengan badanku ni...!!!  Akhirnya ku ketemu jua..!!!  Lihatlah dunia. Hahaha!!


Apa yang bestnya baju derang ni ialah, kain dia sangatlah elok dan harga dia sangatlah berpatutan, and range harga below RM130. YES baru ni dorang buat clearance sale harga baju dari RM89 turun smpai RM59.. Murah gila kannn?? Sempatlah grab 3 pasang itupun ade sepasang xde saiz.. kalo tak berpasang-pasang jadinya..  :D


Mehla nak share sikit kebanggaan ini wahai korang semua.... Hahaha



Abaikan muka yang acah2 candid iitew  =P





Kain ala2 satin tapi lembut dan senang ya amat nak iron. Yang penting selesa, design cantik dan yang paaaaling penting harga dia sangat berpatutan..


Ikutkan banyak lagi design dorang ni, Tapi hold dulu.. Tunggu dorang buat sale lagi baru beli.. hahaha...

Boleh la usha Ig dorang :  Errida & Co

=)

Picnic : Jom Sungai Lembing

Cuti CNY baru2 ni dapatla balik kampong setelah 2 bulan mengadap hiruk pikuk kotaraya kelumpo. Cuti start hari Kamis sampai Selasa. Kakak gembira =)

Mcm biasa bila balik kg mestila plan mcm2 aktiviti dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim sekeluarga. Gittew.

So semua setuju nak berpiknik kat Sungai Lembing. Aiseh, bila teringatkan, nak dekat berpuluh tahun aku tak jejak kat sana. Ape taknya, last pegi SL tahun 1990, tu pun ade kenduri.



All homemade with love - nasi goreng kampung, fetucine carbonara, karipap daging, meatball and mash potato with blackpepper sauce, puding cocktail dan kek coklat - kecuali cekedis tula

Having a great time (kemain mak buyong dah kenyang smpai terangkat kaki)

Cubaan menggoreng karipap berjaya


Kami decide nak buat potluck je memandangkan semua bersetuju. Kitorang prep semua meal malamnye tu dan gerak pagi keesokannya jam 8.30. Kul 9.15 sampai sana tengok dah ramai orang. Kami cari port baik n start the activity.

Actually tak cukup korum. Ayah n Mak pg kursus haji. Suzy n Faiz pulak kebetulan ade company trip tp kt Sungai Jin atas lagi dari Sungai Lembing ni. Nak follow jauh sangat takut anak2 n mak buyong tak selesa masa perjananan.

So kitorang have fun jela. Tengok anak2 happy ibu pun tumpang happy walaupun panas terik (dhla tak bawak sunblock, abis muka sunburn) layankan ajela.




eksaited sangat



sesi berendam (sejuknya ya ampunnn)
Singgah jambatan gantung otw balik


Happy faces


Homemade Chicken Barbecue







Travelog Journey : Senorita Takes Perth - PART 2

Hentian seterusnya ialah Jewel Cave, Leeuwin Lighthouse, Giant Tree Valley, Albany Windfarm

Kami tak masuk dalam pun sebab ikutkan Jewel Cave tu boleh terus ke lighthouse. Tapi bayaran dia agak mahal so kami tak jadi.


Ambik gambar jela

So kami terus gerak ke Leeuwin Lighthouse

Dari Margaret River ke Leeuwin Lighthouse memakan masa selama masa sejam jugak.



Cuaca mendung sebab nak hujan. But the view sangat breathtaking


FYI, lalat sangaaaattt banyak sebab mungkin sebab faktor cuaca yang sejuk. 



Disebabkan kami kesuntukan masa, tak dapat naik atas rumah api, so kami pusing2 jela sekitar bawah rumah api tu. Tapi still cantik pemandangannya. Speechless.














fata n me


pertembungan dua laut
Kasi kakak can sket



Kami ambil masa lebih kurang sejam setengah menikmati keindahan ciptaan Allah SWT ini. Then terus gerak ke Giant Tree Valley. Tapi kami sampai dah pukul 4.15, pukul 5 dah tutup. So kami decide taknak masuk. Just ambik gambar jela kat luar


Otw ke Giant Tree Valley, masih melalui kawasan kampung


Bersama kucing yang telah diawet





Country look sangat



Then terus gerak ke Albany Wind Farm. Masa ni dah nak pukul 6 petang tapi gelap macam nak maghrib. Kami pun solat jela kat tapak parking tu. Angin sangat kuat kat sini. Bunyi kipas besor tu menakutkan. Hahaha.. Then terus gerak ke hotel.


Albany Wind Farm







Malam, kami bermalam di motel Pekan Albany. Book dari Malaysia melalui booking.com



Muka memasing penat. Batu kat belakang tu nama dia Dog Rock. Ada sejarah dia jugak.


Our dinner. Alhamdullillah..



DAY 3

Caversham Wildlife Park, Lancelin Sand Dust & The Pinnacales National Park



Cuasa sangat menyebelahi kami sepanjang perjalanan.




Found this rugi kalo x ambik gambar


Caversham Wildlife Park


Entrance fee tak silap lebih kuran RM90. Ada kangaroo, penguin, tazmania, koala dan pertunjukan haiwan. Berbaloi... 







Sangat jinak


Fotogenik sangat. 

Bergambar dengan ape ntah lupa nama menatang ni
                                       











 Lancelin Sand Dust.

Tiada fee masuk. Cuma kena sewa board tu dalam 10 AUD. So kami share je 4 orang. Its time for sandboarding!!!



Cantik kan




Firts attemp x berapa menjadi




Yeah!


Percubaan sandboarding sambil berdiri


Yes I did it! Yahoo!!


=P



Last pit stop of the day : The Pinnacles . Masa ni dah nak petang... Actually tempatnya dah tutup tapi kami redah jugak. Hehehe






DAY 4

Perth City, Botanical Kings Park, Blue Boat House, Fremantle

Sebelum kami pulangkan kereta, sempat kami pusing2 bandar Perth dan terjumpa beberapa family dari Malaysia. Bandar Perth memang cantik dan sangat bersih.









A must visit place : Blue Boat House




Botanical Kings Park




Padahal takde sejuk mana pong =P




Biar monopod buat keja





Setiap pokok di Botanical Park ni didedikasikan kepada pejuang yang gugur semasa zaman perang dunia kedua dan ketiga
Antara aksi yang berjaya dirakam =P
                                               

Next stop ialah Blue Boat House. Cuaca masa ni memang cantik giler! Parking kereta kejap then beratur kejap pastu dapatlah semua ni haaaa..... 






Beratur panjang



=D



Next pit stop Fremantle


Tempat ni lebih kurang 30 minit dari bandar Perth. Tapi kitorang buat mistake masa ni. Kitorang pegi naik teksi dari Perth sampai Fremantle. Kena bayar lebih kurang RM30 sorang. Boleh je naik ketapi tapi masa tu kitorang betul2 lapar gile. So tak boleh nak fikir secara waras... hahaha... 





Sampai kat sana terus ke Kailis Seafood Restaurant. A must visit place lah kalo kat Perth ni. Dengan environment yang bersih, views yang cantik mmg enjoy sangat makan kt sini. Bagi penggemar seafood, this is the right place to try em. Seafood segar dan harga pun berpatutan. Kami beli ni share je 4 orang. Kenyang.


Sotong celup tepung n ikan celup tepung nama dia. Hahaha



What a view


STP

Lepas dah kenyang makan kami terus bukak maps cari Fremantle Market. Jalan kaki lebih kurang 20 minit dari Kailis... And now, its shopping time!!!



Otw to Fremantle Market. Jalan kaki sahaja.




 Beautiful streets at Fremantle..












(all these streets views was taken by me with my Vivo V7+)

Dah habis duit shopping. Kami shopping kat Megabes. Murah pun murah. Owner dia orang Malaysia. Hati berbunga dapat shopping apa yang diinginkan. Masing2 senyum sampai ke telinga... =)


Muka ade senyumm =)


Hari dah nak petang kami ambik train balik ke Perth semula. Harga train lebih kurang 5AUD/ person. Panorama sepanjang perjalanan sangat mempesonakan....






Kami ambik free bus je sampai kat hotel. Hotel yang kami duduk actually is a dorm untuk backpackers. Satu dorm hanya AUD20 je semalam. Mmg banyak hotel yang berkonsepkan backpackers kt Perth ni. Ada WiFi, share dapur, bilik mandi dan toilet. Tapi memang bersih. Yang peliknya kami je yang mandi manda kat bilik air tu.. Hahaha..  =D



Masak2 pun tak guna periuk belanga dorang sebab kami bawak sendiri. Jimat btol bila masak sendiri ni.... 


Malam pulak, si Fata, Ecah n Yana pusing2 bandar Perth tapi aku tak larat (pms) so lepak je la duk dlm bilik. 



DAY 5

Watertown and Airport

Esok nya sebelum balik kitorang singgah Water Town Brand Outlet for breakfast dan shopping sikit. 

Then get ready for flight pukul 4.30 petang and safely arrived at klia jam 10 malam... Alhamdulillah.. Tq Allah for this wonderful journey.. In Shaa Allah ade rezeki lepas ni kita pegi tempat lain pulak.. Pegi mana? Tungguuuuu.....



Baju beli kat Megabes 


TIPS :


1. Sis nak share skit sepanjang berada di Perth korang kena tahu undang-undang jalan raya dorang. Sebab mereka sangat strict. Sila patuhi had laju yg telah ditetapkan.


2. Drive waktu malam sangat TIDAK DIGALAKKAN. Even car rental ejen pun bgtau mcm tu sebab malam2 kangaroo liar banyak berkeliaran melintas jalan raya yang boleh mengakibatkan kemalangan. 

2. Korang digalakkan bawak botol air kosong setiap sorang ( nak share pun takpe ) sebab kat tandas dorang TAKDE PILI hanya tisu sahaja. So kena refill air kat sinki dulu sebelum masuk tandas. Huhu

3. Air mineral dorang mahal. Minum jela dari mana2 sumber pili air sebab air dorang bersih.


4. Pukul 5 semua kedai tutup. Jangan nak berangan bawak keta malam2 sebab stesen minyak juga tutup ye. Kecuali di bandar Perth sahaja.


5. Kami akan beli souvenier dari setiap pit stop. Macam sis beli fridge magnet. So kita akan ada kenangan di setiap pit stop yang kita singgah =)

6. Kitorang just beli lugagge time balik je. Make sure cabin luggage below 7kg. 

7. Sesiapa yang nak bawak monopod tu boleh tapi nak balik kastam aussie akan rampas. Al-Fatihah buat monopod saya =(

Accomodation :


Sepanjang 5 hari di sana, kami tidur di 3 hotel yang berlainan. Tapi kebanyakan hotel di Australia ni jenis hostel. Camna tu hotel jenis hostel. Haha..susah juga nak explain. Ini jenis untuk trip budget macam aku kitorang. Bukan untuk golongan Che Ta. Hotel-hotel dorang jenis, bilik macam hotel tapi ada disediakan kitchen area and shared bathroom. Bathroom and toilet kat hujung blok. Maksudnya, kita boleh masak makanan sendiri tanpa perlu bawak perkakasan dari Malaysia.

Baca Blog & Website :

Selain persediaan tu semua, aku juga wat preparation dengan study a few blogs and website untuk dapatkan macam-macam info. Ada beberapa web yang sangat helpful aku haritu :

  1. Facebook - join group private 'Tips cuti-cuti Perth'. Kat sini paling banyak membantu.
  2. Tripadvisor - sangat-sangat helpful untuk tanya sebarang pertanyaan sebab kebanyakan yang reply tu orang local Perth, so dorang memang sangat expert.
  3. Masuk lah blog-blog yang pernah pergi Perth, macam aku =)


So sekian sahaja perkongsian entry buat kali ni. Semoga dapat membantu korang semua. =)
Sesiapa yang nak saya share itinerary boleh je drop email kat sini. TQ =)