Thursday, June 30, 2016

Semperit Susu Pujaan Hatiku



Tahun ni En Suami dan warning kat aku jangan beli biskut raya since kat FB dah melambak orang share resepi biskut raya so dengan bangganya en suami kata,"Yang, nanti abang beli bahan, ayang buatlah, tengok macam senang".  Yang aku pun gatal, tunjuk kat dia resepi kat FB tu dah tak pasal-pasal kena buat. Tapi takpe, nasib baik aku ni jenis suka buat kuih kalau takkk..hehehe.

So adelah beberapa resepi yang telah menarik perhatianku sebab tak banyak bahan sangat dan mudah nak beli. So kat sini aku nak share resepi semperit susu yang bapakla senang sebab bahan2 dia bapakla sikit iaitu - butter, tepung jagung, tepung kastard dan susu pekat manis. Sikit je kan? tak payah taruk emplex bagai sebab biskut semperit ni dah lemak, rangup tapi melting bila dalam mulut gittew...

So ni dia resepi dia..

Tepung jagung 1 peket (500gm) 
Tepung kastad - 2 sudu besar
Susu pekat manis - stengah cawan je - kalau nak manis taruk lebih. kalau nak kena potong kaki taruk la setin tu try tengok. =P
Butter- seketul yang 250 gm tuh ( brand mahal lagi sodap )

Cara-caranya

Make sure semua bahan bersuhu bilik.

Ambik butter + susu campurkan dan gaul sebati. Waktu ni kena ingat , jangan gaul beria sangat cukup sekadar butter tu dan bercampur dengan susu..Tak sebati sangat pun takpe. Masa ni nak letak pewarna pun boleh. Gaul pakai senduk aje, tak perlu pakai mixer pun.

Pastu masukkan tepung jagung selang seli dengan tepung kastad sikit sikit sampai habis. Make sure tepung tu dah ayak dulu hokay!

Pastu gaul sebati ala kadar je. Jangan gaul beria sebab nanti biskut boleh jadi kembang so tak cantik.

Gaul santai-santai je
Adunan rasa sedikit lembik tapi jangan memandai tambah tepung sebab nanti dia akan kering.

Letak dalam peti ais (bahagian bawah) dalam 30 minit. Cover dengan cling wrap atau simpan dalam tupperware.

Panaskan oven 170с.

Lepas setengah jam , korang terap atau guna acuan semperit tangan yang panjang tolak ke bawah tu. I guna acuan bunga dahlia beli kat PLY kt pasar borong Selayang harga 2 hengget je.

Aku cadangkan korang terap siap2 kt baking tray nnt senang terus masuk oven then bakar je. Tak payah lenser baking tray tu sebab biskut tu dah berminyak.

Hiasla dengan manik ke, ceri potong ke, mcm aku aku hias dengan manik kaler2 yg halus tu.

Bakar pd suhu 170 darjah celcius selama 10 minit or depends pada oven korang. Jangan lama sgt nnt dia perang, tak cantik. Janji masak.

Selamat Menchoba~
Tadaa! ni masa dah siap terap beratur nak masuk oven...


masterchef in the making... pantang tgok mak dia kt dapur

Tuesday, June 14, 2016

Kuih Cara Berlauk dan Cara Manis - menu berbuka wajib

Mentang-mentangla bulan puasa, post pun asyik pasal maaaaakan aje. (perut berkeroncong)

Food makes me happy selain my family. Kalau bercerita pasl food ni sampai ke sudah tak habis cerita.

Dipendekkan cerita, nampak tak tajuk post tu? Haaa, itu adalah kuih tradisi wajib setiap kali bulan puasa. Tidak dibeli di mana-mana tapi dibuat sendiri dengan penuh kasih sayang. Hahaha. And the best is setiap kali mr hubby makan, setiap kali tu la dia keluarkan statement "boleh buat jual ni yang, sedap yang" "ni la kuih cara yg paling sedap yg pernah abg makan"  kemain kau dia punya statement ampu kaw-kaw gittew.. Hiks!

Masa balik kampung minggu lepas, sempatlah dua kali mengadun kuih ni dan feedback yang diberi amat memberansangkan (kembang hidung). Actually resepi kuih cara ni diwarisi turun temurun dari bonda tercinta jugak tapi diimprovekan mengikut citarasa anak tekak yg macam juri rancangan memasak (demand). Cara berlauk n cara manis ni sama je base dia cuma cara berlauk tu kena buat lauk asing la kan.

FYI, sejak bulan puasa I x pernah lagi pergi bazar Ramadhan sebab setiap kali beli kuih atau lauk pauk selalunya frustrated dengan rasanya yang ala kadar sahaja. Memangla meniaga tu untuk dapatkan keuntungan tapi kalau dah rasa agar-agar macam rasa tawar takde flavour rasa-rasanya nak repeat tak? Mestilah tak kan. Ditambah pula dengan harga yang mahal dan tak masuk akal. Just forget it!

Oleh sebab itulah setiap kali bulan Ramadhan I gigih membuat juadah kuih setiap hari. Maksudnya, setiap hari mesti ada kuih buatan sendiri untuk berbuka nanti selain lauk pauk. Itulah request dari Mr.hubby I yang sangat cerewet dengan rasa kuih muih ala kadar ni. Dia kata, nak sedap better buat sendiri. Yolah.

So di sini I titipkan resepi kuih cara ni untuk tatapan korang dan kalau rajin boleh la cuba.. =)

Bahan-bahannya :

1/2 kg tepung gandum
2 biji telur
Sekotak santan ( x kisah brand apa) - kalau santan fresh lagi bagus sukatan dalam 1 cawan
secubit garam
1 st gula
* 4-5 helai daun pandan  - cara manis
* serbuk kunyit - cara berlauk
Air - yang ni agak-agakla

Cara-caranya :

Satukan telur + santan + air secawan + garam + gula + tepung  dalam mangkuk dan gaul rata 
Kemudian masukkan ke dalam blender. Tujuan gaul dalam mangkuk dulu sebab taknak kasi dia berketul kalau masuk terus dalam blender. Better kacau dalam mangkuk baru blend.

Masa tengah blend, masukkan air sedikit demi sedikit biar sampai adunan jadi halus tapi jangn terlalu cair. Pastikan adunan kelikatannya seperti krim. Kalau gaul guna senduk , adunan tu melekat pd senduk tu. 

Bila dan blend semua, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk kunyit dan blend semula agar sebati dan terus tuang ke dalam jag (senang utk proses menuang dalam acuan nnt)

satu lagi bahagian masukkan semula ke dalam blender bersama daun pandan yang dipotong halus dan 2 titik pewarna hijau dan blend sehingga betul-betul halus dan sebati. Tapiskan adunan ini dan masukkan ke dalam jag kedua. (cara manis ni memang wangi sebab pandan x blend dengan air)

So ade 2 jag adunan cara. So masaklah ikut acuan yang korang suka. 

Tips : Tuang adunan dalam acuan biarkan seminit baru letak inti/gula. Ini bertujuan agar inti tidak masuk terlalu dalam ke dalam adunan dan gula tidak masuk ke dalam yang boleh menyebabkan bocor.

Inti - cara berlauk :

1 cawan daging cincang - I guna minced beef RAMLY tu - ambik 1 keping
Seulas bawang merah - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu rempah kari daging
Sedikit  lada sulah
1 biji cili merah - potong halus
sedikit daun bawang + daun sup - dipotong halus
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya :

Tumis bawang merah + bawang putih sampai naik bau. Masukkan rempah kari + lada sulah + cili merah dan daging. Masak sehingga empuk sampai kering dan masukkan daun sup+daun bawang. Season to taste dengan garam dan gula. Siap!

So, senangkan? Boleh la korang try buat untuk berbuka nanti. Selamat mencuba uollls!!!

-Meh nak share gambo sket ..Huhu. Kemain meriah aku inti kan cara berlauk tu.. Puas hati daripada yang beli... Cara manis in the making lagi masa ni.. Tak sempat nk snap sebab  dah masuk waktu berbuka. =D









Tuesday, June 7, 2016

Ya Ihya Ramadhan

Alhamdulillah...Syukur Ya Allah mempertemukan bulan Ramadhan yang mulia ini sekali lagi..

Bila dengar lagu Ramadhan dari Man Bai mesti rasa sebak. Banyak dosa mcm tu la.

Ramadhan tahun ni diharapkan dapatla tingkatkan amal ibadat yang berlipat ganda pahalanya.

Semoga kita sama-sama manfaatkan dengan sebaik-baiknya. In Shaa Allah.