|
Alhamdulillah merasa menjejakkan kaki di bumi Perth yang indah... |
Phew.
Alhamdulillah trip ke Perth menjadi kenyataan kami.
Since my classmate Fata (nama manja) memang dahulunya seorang backpackers dah merata beliau travel, dia suggest kami bercuti after final exam but this time jom oversea katanya. Perghh! Dlm kepala otak terus pikir currency mesia tgh down teruk nak bercuti luar negara mane weiii!
Lepas kepala pening dok pikir nak p mana yang tak jauh sangat tapi tetap nak negara omputih gitu lalu si Fata ni ajakla kami p Perth. Memandangkan beliau pernah ke Melbourne n Gold Coast so beliau rasa boleh buat itinerary skali. Kami melopong saja =O
Kebetulan masa bulan September aritu ada Matta Fair dan alhamdulillah kami dapat tiket murah RM 659/ person return. Okla kan sebab kami bajet utk tiket 700 so terus booking dan plan kami ke Perth adalah pada 15-19 November 2017. Dari itinerary, hotel booking, car rental semua Fata settlekan. Bahagian aku cuma buat visa je tu pun dari agent tp alhamduillah semua tu dipermudahkan.
Masa berjalan begitu pantas. Tgh final exam kepala ligan dok berangan bercuti kat Perth (perangai sangattt). Haha. Nak beli baju sejuk lagi. Tukar duit lagi... Currency masa tu AUD 1 = RM 3.25 okla kan...
So sampaila pada tarikh 15 November flight kami pukul 11.30 malam 14 Nov tu so perjalanan ambil masa dalam 6 jam. Ngam2 sampai time subuh kat Perth International Airport.
|
muka ada senyummm.. |
Teruja, eksaited tapi pada masa yang sama takut jugak sebab kami semua gegel. Tapi kami dah banyak google n search pasal tempat2 and weather kat Perth. Selain tu juga kami join group FB Tips Cuti-Cuti Perth (TCCP). Sangat2 membantu. So everythings is ready.
|
Me n ecah. Nasib baik dpt duk sebelah sebab kami x pilih seat. Jimat. Lagi 2 orang seat jauh sket. |
|
Masa ni nak landing dah. Cliche photo setiap kali naik flight. Hehe.
|
DAY 1
Aries Car Rental, Perth City, Albany
Sesampainya di Perth Airport, kami terus solat subuh kt sana. Praying room ada disediakan cuma kena share lelaki n perempuan. Kebetulan masa kami solat tu takde orang lain. Okla. Then selesai solat terus pegi booth Optus beli simcard AUD10 selama 5 hari. Yg tu mmg standby utk GPS je. Yg lain kami guna WiFi sebab kt sana free WiFi merata.
|
Hello Straya! |
|
Tgh tunggu bus nk pg ambik keta |
|
Pose tunggu bas nama dia =P |
Settle part simcard, terus gerak ambik bas cost AUD 4.70/ person smpai kat Aries Car Rental cuma bas berhenti jauh dlm 500 meter so terpaksa la kami menapak smpai Aries tu. =P
Utk pengetahuan, car rental kena book sesiap ye dari Mesia and kalau pakai debit card kene make sure dlm akaun ada RM 2800 ke atas. Sebab Aries ada caj bond sebanyak AUD400 tapi akan dibatalkan semula selepas settle return kereta. Alhamdulillah, everthings went smoothly. Kami booked keta Nissan Pulsa. Sehari AUD26 unlimited means kami boleh pergi sejauh mana kami suka dan takde charge extra miles =)
Bermulalah itinerary sebenar kami.... Lets check it out!
Kami terus ke Coles Supermarket. Orang kata sini murah dari pasaraya lain. Kami beli groceries untuk 3 hari dulu. Tuna, sardin, roti, telur dan beberapa barang asas yg lain. Kami ada bwk rempah segera Brahims dari Malaysia tp yg sedihnya semua sardin tuna dlm tin kami kene rampas kastam Mesia. Bengang gila. Sebelum ni mana ada rampas. Aaahh malas nak citer (sebab cost utk semua tu hampir RM50 gak)
Settle beli barang. Habis AUD 35.00 ( RM 115.50 / 4 org = )
|
Dia punya sedap tu..Speechless. Halal ok. |
Kami terus gerak ke Albany. Senang. Sebab kami booked keta hanya utk 3 hari. The rest 2 hari tu kami nak guna public transport explore Perth City je. So kami p tempat jauh dulu.
Otw to Albany, kami singgah ke Busselton Jetty. As plan in our itenary. Apa menariknya tempat ni ialah merupakan jeti kayu yang terpanjang di dunia which is dibina pada tahun 1863 dan dibuka sepenuhnya pada tahun 1865. Disebabkan laut kawasan tu yang cetek so mmg antara kelebihan nak bina jeti ni. So org dulu berpeluang naik train sambil menikmati keindahan laut.Best kan?
|
Silau |
|
Semua pose camni so akak tiru jela. Hehe |
Dah puas begambo bagai, kami terus gerak ke Mandurah Beach. OMG. The beach was awesome! Terkesima kakak tengok pantai tu punyalah cantik. Rasa mcm nak shoot lagu hindustan tau. Haha. Tapi masa tu betol2 jam pukul 12 tengahari so matahari mmg betul2 terik. Mujur kitorang pakai sunblock siap2 kalo tak mahu sunburn muka. Masa ni kami ditegur oleh seorang Chinese. Org Mesia gak. Tp dh 2 tahun menetap di Mandurah. Mandurah best katanya.Tenang. Damai. Tak hectic macam KL. Pastu kami makan sandwich buatan sendiri dengan sambal bilis yang aku buat dari Mesia. Alhamdulillah kenyang..
|
Mandurah Street |
|
Terkesima |
|
rasa mcm nk pindah sini je |
|
Lawa gila.... Laut kat belakang tu kan.. =D |
|
kasi can la.. |
Kami terus gerak ke Margaret River Hotel 3 jam dari Mandurah. Time ni ecah yang drive. Jangan risau ye lesen Malaysia boleh digunakan di sana. Janji korang bawak lesen.
Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan keindahan bumi Australia yang begitu cantik dan terjaga keasliannya. Ladang anggur berselang seli dengan ladang ternakan lembu, dan ladang ternakan rumput utk lembu. Betapa luas seluas saujana mata memandang. Sepanjang perjalanan snap gambo sesaje kami ni. Kalau tengok hutan dorang punyala cantik. Kagum dengan keindahan bumi Perth ni. Cuaca pula cerah. Kebetulan kami pegi ni musim Spring dah di penghujung. So adela jugakla sisa-sisa bunga yang tengah blooming so dapatla kami cuci mata.. Suhu pulak sekitar 16-23 darjah celcius ( tak jumpa symbol ) =D
|
Begambo kt depan chalet Margaret River. Pukul 5.30 pagi kt sini terang benderang dah... |
|
Our ride Nissan Pulsa |
Timing sangat cantik. Ngam2 pukul 7 petang kami sampai Margaret River Chalet. Adududu punyela cantik chalet kami. Pandai Fata pilih tau. Chalet kami lengkap dgn kelengkapan asas dapur. Tapi kami x kisah sangat sebab kami bwk periuk letrik kawan kami punya. So malam tu kami masak Kari Ayam n Sayur goreng cendawan. Kenyang perut teman. Malam tido lena semua. Tak sedar apa.. Hehe..
DAY 2
(North Perth) Margaret River, Jewel Cave,Leeuwin Lighthouse, Giant Tree Valley & Albany Wind Farm
Pukul 4 pagi kami dah bangun. Siap masak dan breakfast terus. Pukul 6 pagi dah gerak ke Margaret River Winery iaitu Ladang Anggur. Sekali lagi terkesima melihat ladang anggur yang seluas itu ( berapa banyak punya terkesima daaaa ).Tapi sayangnya anggur baru berputik. So kami bergambo ajela kat ladang tu. Pastu jalan sikit jumpa pulan tasik mcm dlm video clip hindustan tu. Hahaha. Tak lepas peluang begambo n ambik gambo pemadangan super duper cantik tersebut. Hilang semua stress tau.
|
Ladang Anggur kat sana mcm ladang kelapa sawit la klo kt sini. Merata2 |
|
Pagi suhu 13 darjah celcius |
|
Sonok kemain hampa |
|
yang ni pun =P |
|
dalam hutan tetiba ade tasik lawo camni. Jernih pulak tu.. |
|
sepanjang perjalanan ke Leeuwin Lighthouse our next visit
|
ok kita sambung ke PART 2 pulak okay =)