Dalam setahun banyak yang berlaku. Perkara terbesar yang paling terkesan ialah kehilangan suami tercinta. Undescribable. Sekelip mata. Abang pergi mengadap Ilahi meninggalkan kami empat beranak tanpa sebarang pesan. But actually he did. Banyak hint yang dia bagi sebelum dia pergi. Cuma aku je yang tak nampak. Bila dia dah pergi baru aku realize. Recall semua pesanan arwah. Dia tahu yang dia nak pergi cuma dia tak dapat bgtahu secara realiti. Dan beberapa minggu sebelum arwah pergi, dia sangat sweet. Aku rasa cukup bahagia. Namun itu semua sementara...
Aku taknak cerita panjang pasal pemergian arwah. Cukuplah pemegiannya membuatkan aku cukup terkesan. Air mata sudah banyak mengalir. Kerinduan tak terbendung. Memori sering berlegar diingatan. Melihat anak2 aku jadi sedih. Especially uzair. Allahu...
Tidak cukup dengan kesedihan itu, 4 bulan yang lalu adik kesayangan kami sekeluarga Yaya (adik keempat) telah pergi mengadap Ilahi disebabkan jangkitan kuman pada paru2. Actually she's a SLE fighter.Allahu. Aku terasa bagai satu tikaman besar di dada tatkala mendapat tahu arwah Yaya nazak sewaktu aku sedang memandu ke pejabat. Luluh hati bila mendapat tahu arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa perjalanan aku pulang ke kampung. Namun aku sempat memandikan bersama-sama keluarga yang lain sehingga usai urusan pengebumian.
Kedua-dua almarhum meninggal pada hari Jumaat yang mulia. Allahu.
Aku hanya mampu berdoa agar Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah suamiku dan Yaya, semoga Allah menerima segala amalan mereka, melapangkan kuburnya serta menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Tenanglah kalian di sana.
Di malam Jumaat yang berkah ini aku berdoa agar diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan agar dapat aku membesarkan anak-anakku dengan keringatku sendiri dan membalas jasa keluarga serta mertua yang telah banyak membantuku selama ini. Semoga kami semua sentiasa diberkati Allah SWT dan dirahmati selalu...
Aaaaminn Ya Rabbal Alamin....