Monday, July 25, 2016

Resepi Risoles Special

First impression masa first time makan benda alah ni is "sedapnya kakkkk, yum-yum, resepi pleaseeee kakkk yum-yum". Itu keyword aku setiap kali makan benda yang sedap pastu buat muka tak malu mintak resepi kat orang tu. LOL.
Benda alah ni jiran aku (orang indonesia) yang buat. Memang sedap dan terangkat gittew. Dengan selamba duduk bersila depan dia mintak resepi (sambil buat muka bling-bling). Hahaha. Tapi dia baik, bagi resepi tu tanpa sebarang pengeras. Sharing is caring katanya. Kemain kau!

Since pada tu, aku selalu buat benda alah ni. Dan benda alah ni nama dia ialah Risoles. Asal-usul risoles ni datangnya dari Indonesia Barat. Resepi asal oleh orang jawa. Kulit risoles tu sangat versatil. Boleh dipelbagai dengan varian inti yang berbeda-beda (amboi cakap indon). Pernah satu hari tu, jiran aku nih gigih buatkan risoles masa bulan puasa tapi kentang dh habis lalu digorengnya bihun pedas dan isi ayam banyak sekali dan dijadikan inti risoles tu. Hebat kan? Hahaha. Mula-mula pelik jugak dorang ni , ade ke bihun buat camtu? Tapi bila dh masuk mulut makan, ternyata ianya seperti suatu padanan yang sangat sempurna. Kahkahkah! Aku kalo bab makan kemain nak membayangkan betapa sedapnya. =D

oklah, takmo cerita panjang, sekarang risoles ni aku selalu buat untuk minum petang. Kadang-kadang kalau terbuat banyak inti aku buat banyak-banyak then fozenkan. Bila ade orang datang ghumah ko jamu kan je dengan risoles nih, confirm dorang mesti mintak resepi punya! Hahaha.

Resepi ni mmg sejibik dari jiran aku tuh. Cuma ade twist sket ikut tekak kita orang melayu nih. Hehehe. Aku lupa berapa boleh dapat untuk adunan stengah kilo tepung ni... Hehehe...

Bahan-bahannya :

Kulit 1
500 gm tepung gandum
2 biji telur ayam
Serbuk kunyit ( kasi ade warna sket tapi jangan bubuh banyak)
Garam secukup rasa
Air (agak-agakla)
Semua bahan di blend smpai halus. Kepekatannya sama macam buat kulit ketayap ataupun roti jala.

Kulit 2
Bread crumbs 
Telur sebiji - slightly beaten

Inti :
5 ulas bawang putih - tumbuk kasar
10 ulas bawang merah kecil - tumbuk kasar
1/2 inci halia - tumbuk kasar
500 gm kentang / keledek pun boleh - potong dadu
300 gm isi ayam/daging mana-mana pun boleh - cincang / potong halus
1 tin cendawan butang - (optional) - dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk lada sulah / lada putih
10 batang cili padi - dipotong halus
2 batang saderi - potong kecil
Daun sup + daun bawang
1 kiub pati ayam knorr

Telur rebus 3 biji - potong 6... yang ni terpulang, nak isi pun ok taknak isi pun takpe.. its up to u bebeh!

Cara-caranya :

Inti :

- Tumis bumbu : bawang putih, bawang merah, halia, cili potong sampai naik bau.     
- Masukkan ayam. Gaul sebati sampai ayam masak, air ayam kering dan biarkan sedikit garing.
- Masukkan kentang gaul sebati bersama bahan tadi. Masukkan batang saderi. Gaul lagi sebati. 
- Masukkan air dalam secawan. Tutup periuk. Masak sampai kentang sedikit empuk.
- Dan agak kering, masukkan pati ayam, cendawan butang, cili merah, lada sulah, daun bawang dan daun sup.
- Perisakan dengan garam+gula. Season-to-taste.
- Siap

Biarkan inti sejuk dulu. Sambil tunggu sejuk boleh buat kulit dia.

Kulit:

Dah blend semua, panaskan frying pan. Kalau boleh pakai non-stick sebab tak melekat. Gris kan dengan minyak sikit sendukkan adunan ke dalam pan. Yang ni sukatan kena ikut saiz pan masing-masing. Macam I guna pan saiz 20 cm, ngam sesenduk kuah. Test dulu tengok banyak mana sukatan dia pastu nak kurang ke nak tambah untuk kali kedua senang. Tutup frying pan tu masak selama 5 minit api kecil. Dah siap angkat susu dalam pinggan.

Masa letak inti tu, letak sekali telur rebus tadi. Gulung macam gulung popia. Dah siap semua celup ke dalam telur dan golekkan atas bread crumbs (kulit 2 tadi) pastu deep-fry & make sure minyak betul-betul panas (api sederhana kecil)  masak sampai turn into golden brown. Angkat, toskan dan hidang!!! 

Ni la rupanya bila dah siap. 


Selamat menchoba~

















Friday, July 22, 2016

Resepi Tauhu Kukus

Setiap hari pening nak pikir nak beli lauk apa, nak masak apa kan? sape yang mengalami situasi yang sama kasi sep sket... datang blurr nak masak apa..bila tanya suami nak makan apa? jawapannya, "sukahati yang, masak jela apa-apa abang makan je".. Susah nau pesen laki tolak batu ngan kayu nih.!! senang nau jawapannya... bila tanya anak-anak... kitorang tak kisah bu, janji pedas-pedas... ni lagi, asal lauk je semua nak yang pedas, tapi perut tak tahan, tiap-tiap hari dibantai cirit...hahaha padan muka, sape suruh nak pedas-pedas kan?

So, macam biasa lah, rajinlah tangan ni godek-godek en google terjumpa resepi tauhu kukus ni... nampak senang n sedap so ni dia resepi nya..... ( ni lepas saya adjust ikut tekak dan selera sendiri )

Bahan-bahannya :

4 keping tauhu basah - potong dadu
2 tiub tauhu jepun / tauhu telur
1 biji telur
300 gm isi ayam - dipotong halus senang nak blend nanti
2 tangkai cili merah - potong halus
1 ketul kiub pati ayam
daun bawang + daun sup
2 sudu minyak masak
garam 
gula 

Cecarenye...

Panaskan kukusan.. 

Masukkan semua bahan kecuali cili merah , daun sup+daun bawang... blend sehingga lumat
Tujuan masukkan minyak supaya tak melekat sgt kt blender korang tu nanti... 

Campurkan daun sup+daun bawang n cili merah tadi dan gaul sebati..

Masukkakan ke dalam loyang / acuan kukus dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Lepas dah masak, sejukkan sekejap pastu potong ikut suka korang. 

Panaskan minyak untuk menggoreng, goreng tauhu tadi sampai kekuningan dan angkat..

pastu masaklah ape saje menu yang korang suka, macam I , I buat sambal belado, sup tauhu goreng, kadang-kadang makan macam tu aje pun sodap.!! =D



Selamat Menchoba~